BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 9, 2011

-saje suke-suke-

as salam...

first, ahad: bende yg aq *syg beno* kuar jugak dari umah.. hehe. act, nk dkt dua thun kowt dok dlm umah. (syg punye pasal) huhu.>_<. dpt hadiah basikal time upsr tu. terok kan...


second, isnin: ade la org tu msk kn? msk kn? (bukan mama msk tau.) ini agak geli. -maaf! aq muntah2 (e-youuu la ramai2) sbb mkn lala. (-tu la! gatai pi mkn wat pa-hang tau hang allergic meng*gatai2 lgi hang nk mkn). ok. lps ni tobat x nk mkn da.

third, selasa: ptg yg *semangat. okay. ok g jog kt lumut. x tau knp semangat lain mcm. hohoho. mungkin da lame x lari2. <3 sports yo~ kah.kah.kah. give me 5 starz+thumbs up
kt lumut...


abah!.

 aku...


forth, rabu:  smlm mama ngan abah balek kl dn tinggal kn kami. hua~hua. (1 hari je pown) .aq ngan ciam meng*gila2 ngan ipod kakak. mcm2 kite org buat. (selamat x rosak je.) ptg, org tu bawak g jln2 kt lumut..-thumbs up- mlm g mek-d. drive-thru je.

alang. ciam

sedap3



fifth: yeay. -jump with me!- mama ngan abah balek. ow! dgn membawa atok+opah. hehe~ 


enough kn ~ huhu >_<.  
 gtg -->
^wasalam...

Saturday, June 4, 2011

~rINdU la pULaK~

   tetibe rase nk wat post utk lepas kn rindu. ce wah. (bukan tujuan untuk carik publisiti murahan ye) ok first, rindu DORM K. mcm x tau je. dorm hapPENING taun lps.(2010)- haha. x mau la tuleh banyak2. taun ni pulak DORM D. wow! act, t'kejot beno sbb *disumbatkn* dlm dorm ni. -x kesa p0wn- ape2 la. hehe. redho je... nah! tengok la gamba2 niey.

 K-(2010)

kak anati+kak aishah. thanks. jasamu dikenang
nani, wafaa, syatirah, aimi, mas, shamira, nabilah (y), aliah, fira
act, x cukup ahli...

tangge dpn DK.

candid. kngan 2010

kngan 2010.
 D...

sarah, izzati, saye, k.syu s.dean, alia (nat), aufa, lutfia, aimi, melati, nadia
act, x cukup ahli. (alyaa k amek gmba)  ade lgi..

sorry. (over edit). kak c-la+kak del.(x de)

mak! serious x candid.

naqibah DD... (sorry. x reti edit) .k.c-la+k.del

thanks.
~rindu lepas! ...
wasalam...

Friday, June 3, 2011

-KeSaN zIkIr tErHaDaP oTaK-

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

~Tips Elak Mengumpat ~

Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?
Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.

Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...
Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.
Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?

altKadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.




Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!
Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?
Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1.Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.
Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.
Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.


2.Bila yang nak jadi moderator 'umpat-umpat' tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.
Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3.Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

Sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.
Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!


4.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..
dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib.
Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah.
Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.


5.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.
Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?
Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke.
Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.
Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. dah koyak ke.. atau tersangkut kat mana-mana..
Sebab tu kita ada dua telinga.. sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..


6.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.
Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.
Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.
Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.
Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...


7.Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya.

Banyak lagi tips yang ada.. tapi semuanya bergantung pada niat.
Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.

Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..


 

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat, kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT?