BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 16, 2012

♥MAaF♥

Ungkapan itu mungkin terlalu berat untuk diluahkan. Tak tahulah ego tahap mana yang meraja dalam diri. Susah sangatkah mahu dibebaskan dari sangkar hatimu itu? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Dengan akal sekali lagi. Moga jernih air yang keruh.

Jangan memilih siapa dia. Perlukah dimaafkan atau tidak. Kita berukhuwah tanpa mengenal rupa bukan? Janganlah kerana dia bukan sahabat karibmu, ada hak dalam berukhuwah yang tak tertunai. Ada juga yang akrab bukan main, tapi oleh kerana satu kesilapan yang dia lakukan, kita menjauhkan diri.

Cermin diri. Muhasabah. 

Sempurnakah kita? Tidak. Begitu juga sahabatmu itu. Daripada mengenang kesilapannya yang cuma satu atau dua, apa kata kita hargai kebaikan dia yang lebih dari itu? Barulah terasa kemanisannya. 

InsyaAllah.

Tuesday, March 13, 2012

Share Ilmu

." Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang Maha Besar.'

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 'subhanallah wa bihamdihi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

-Insyallah.