BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 27, 2011

~4 weekz in da school~

Assalamualaikum....

9.4.11: hari kantin... klaz aq n klaz K jual sup2+jagung2.. bley tahan gak ar rase nye.. enak3!!! (x de keje puji gerai sndri) act, aq mkn pown last minit.. org rajin la kate kn (puji kali kedue! x senonoh!) x smpat nk mkn awal2 la.. cukup3

rajin3. (eleh! potong daun sop je pown) huhu

kerjasame weiyh!!!

Ayahanda Pengetua mkn kt gerai kami kowt...

thanks cikgu.. cikgu dtg saat2 urgent.. (act, cikgu x de kaitan ngan gerai kami pown) baek kan!                                      






                                                                                                                                                                    lupa tarikh: solat dkt court badminton (yg pastinye kamera aq x de FLASH wat 2 tngkp tu ye)... 

lookz modish (merepek+kerepek la aq)

eeh~ tu mcm aq.. (nmpk beno menipu nye) bkn aq solat saf ke-2 ke? (garu2 kepale)
huhu

 
nmpak x aq.. ala yg tu.. tu ha.. x kn x nmpk kow!
23.4.11: MALAM MUHASABAH...yeah! part yg aq paling x lupe la..(insyallah aq nk ingt smpai ke tue)aq suke sgt2.. thanks sape yg buat n plan sgla-gale nye.. act, mlm tu ade org kasi tazkirah *ok* then b'tukar jadi tazkirah *pelik*  yg "m'cakar hati" (personifikasi) wrga aspuri..lantak dye la..t'lpz ckp kowt..manusie mne yg x lkukan khilaf..then aspuri x g mkn n halaqah.. si pen-tzkirah ingt aspuri m'rajuk.. aduiihhh.. serious!..mcm x tau aspuri ske g mkn.. xnk la m'bazir.. duwet mak bapak aqtu weiyh!!! enough pasal tu...(maaf bg mne2 pihak yg terasa). org tgh syok2 kt aspuri mkn b'suap2 ngan kwn... x bley bla gile aq nangeh sbb kaki kne pijak, selipa t'cabut,  t'tuko then aq pakai t'balik! masalah gile..bukan pasal tu je.. tp pasal muhasabah tu.. wow! tu xyah kate la! lebam mate 1 aspuri... alhamdulillah... bnyk pengajaran yg dpt drpd mlm muhasabah tu...

alyaa khairiyah suap 'aliaa nazihah.. smart2
sweet

with shahira hanan(dak form 1)


dak2 form 2 la tu..

wasalam

Saturday, April 2, 2011

Bukti Kita DicintaiNya...



Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.

1.Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.

2.Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT,  jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.

3.Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.
"Kita  sama-sama bermuhasabah diri.
Adakah terdapat pada diri kita bukti-bukti itu? Adakah kita dicintaiNya?"

~JeNiS cAnTiK~

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa


Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata


Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Friday, April 1, 2011

-Kemanisan iman...-

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.


Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.


Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.


Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

~ Cara Untuk SHOT Yang Telah Saffa Pelajari [Teknik Menangkap Gambar]~ (post niey m'gunakan kaedah "copy paste")

Okay. Sumpah rasa nak gelak. Teknik Fotografi? Teknik Menangkap Gambar. WTHeck. Hahahaha. Gila perasan. Ok. Whatever. *Still Laughing*
*silent*
Ermm. = Jom kita usya ‘teknik fotografi‘ yang Saffa telah pelajari sejak beberapa bulan yang lepas!
1. Amik Gambar Dari Atas (Bermain dengan Perspektif)
Di inspirasikan daripada “MySpace Angle”. Erm.. Perspektif bawah pun boleh, tapi Saffa rasa lah. Tak berapa sesuai lah. Kalau amik gambar orang dari bawah nanti gemuk kowt? *tak semestinya* Pandai-pandai lah eyk!

Cuba bayangkan gambar ini di ambil melalui angle biasa. Bukan angle atas. Rasanya mana lagi stunning? =)
2. Posisi Objek Tidak Semestinya Di Tengah
Entah kenapa Saffa suka letak objek di tepi. Mungkin sebab pengaruh Rule Of Thirds ; Proponents of the technique claim that aligning a subject with these points creates more tension, energy and interest in the composition than simply centering the subject would.
3. Latar Belakang Kosong Menonjolkan Objek (Bermain dengan Latar Belakang)
Tajuk gambar pertama ; Sila tengok Saffa. Hahahaha. Oh ya, lihat gambar ke empat (di bawah) ; tak semestinya latar belakang kosong itu perlu betul-betul kosong seperti gambar pertama untuk menonjolkan ‘objek’..

;)
4. Hijau Itu Indah
Okay. Ini teknik Fotografi terbaru. “Hijau Itu Indah”. Haha.. The best place untuk berphoto shoot adalah di Taman. Percayalah. Latar belakang Rumput, Tanah, Pokok, Jalan, Kerusi.. Semuanya memang lah ermm. Percaya je lah. Haha. 


5. 1, 2 Shoot. Jangan Kira!
Selalu Kadang-kadang mesti kena ‘marah’ bila amik gambar. Saffa, jangan kira. Shoot jer. Fine. T_T Gambar ketiga (di atas) sebenarnya half-candid kowt. =.=”
Totally candid. Gambar candid boleh jadi ‘buruk’, tapi dalam masa yang sama kadang-kadang hasil dia sangat! Wah! =)

6. Amik Gambar Melalui ‘Sesuatu’
Cermin? Ah. Bosan walaupun FUN. Haha. Serius nih, cuba amik gambar melalui pantulan/skrin/Shade@Cermin Mata Hitam etc.


7. Amik gambar secara Simmetri
Ignore Rule Of Third! Letak ‘Objek’ di tengah / simmetri. Hasilnya?
8. Amik Gambar Orang Yang Tengah Bergambar (Bermain dengan Objek/Fokus)
Er. Ini macam konsep Candid sebenarnya tapi tak candid. Try lah, sumpah memang ‘baik punya‘. Terutama kalau ada photo shoot formal, korunk menyelit dan ‘Curik’ amik gambar dyeorg tengah bergambar.
Macam ‘Okay, semua pandang kanan‘… Get it?

9. Amik Gambar Melalui Matahari (Bermain dengan Lens Flare)
Amik gambar melalui Matahari ni akan menghasilkan dua gambar. Satu gambar biasa macam kat bawah. Satu lagi gambar ‘Silhoutte’.
Err.. Korunk nampak tak ‘pancaran matahari’ tu? =.=”
Fine. Ini gambar Silhoutte yang tak menjadi.. =.=”
10. Kenali Kamera Anda (Bermain dengan Setting)
Ini sepatutnya first kowt. Haha. Whatever.. Bagi pengguna SLR/DSLR, kena lah tau setting aperture, ISO, white balance etc.
Bagi pengguna Digital Camera, pandai-pandai lah kan. Sekarang ni dah canggih kan, ada night mode, potrait mode, natural mode, auction mode, behind glass mode etc.
Bandingkan gambar di atas dan di bawah! Mana pilihan anda? =) *Setting; White Balance*
Fine. Ini bukan Teknik Fotografi. Tapi apa ntah.. Teknik camner nak amik gambar dengan lebih best je.. Haaha.. Ada banyak lagi kowt. Tapi cukuplah setakat ni dulu. Okay readers! bye...