BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 25, 2012

15 Ciri Wanita Syurga

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Larangan Mengejek & Mempersenda

 Dalam kehidupan seharian,kita dikelilingi oleh teman-teman yang tidak semuanya faham dan mengamalkan tuntuan ISLAM.


   Begitu sadis telinga tatkala mendengar segelintir anak-anak muda ISLAM begitu mudah memanggil rakan-rakan mereka dengan nama haiwan, tidak kurang juga dengan perkataan-perkataan yang berbaur lucah dan kesat. Ada juga diantara perbuatan mereka yang memanggil haiwan dengan nama rakan mereka. MasyaALLAH!  Lebih teruk lagi, ada juga yang menunjukkan simbol-simbol atau isyarat lucah begitu umum, tanpa rasa segan silu dengan makhluk ALLAH yang lain berada disekitarnya. Harus diingat kembali kita tinggal dimuka bumi ini bukan hanya manusia sahaja, JIN, SYAITAN, HAIWAN, TUMBUHAN dan INGAT kedua MALAIKAT RAQIB dan MALAIKAT 'ATID yang mencatat kebaikkan dan keburukan kita.

   Sebagai peringatan buat diri ini dan semua, kita singkap kembali LARANGAN ALLAH mengenai hal ini yang telah disebutkan dalam AL QURAN yang maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Surah Al Hujurat, Ayat 11)

   Jelas dan terang larangan ALLAH dalam ayat ini yang melarang umat-NYA untuk merendah-rendahkan sesama mereka tidak kira lelaki atau perempuan. Maksud merendah-rendahkan ialah memperkecilkan rakan kita sehingga dia berasa tersinggung ataupun tidak dengan perbuatan kita itu. Lihat pada ayat

'...'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;...'

   Berbalik kepada masalah tadi, bagaimana seorang  rakan ini memanggil rakannya yang lain dengan gelaran haiwan, contohnya yang selalu dari mulut anak muda masa kini, 'BABI' ataupun 'ANJING'. Situasi kini bukan hanya menggelar rakan mereka dengan panggilan sedemikian, bahkan ada juga yang menyamakan rakan mereka dengan haiwan tersebut!

Lihat ayat ini:
'....dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik)...'

   Sudah terang jelas dan nyata bahawa ALLAH begitu melaknat mereka yang melakukan perbuatan sedemikian, bahkan mereka yang melakukan sedemikian rupa boleh jatuh FASIK!
Lihat ayat ini:
'...Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim...'

 
Disini ALLAH menjelaskan kepada kita agar segera bertaubat jika telah melakukan perbuatan tersebut. Penjagaan LISAN adalah penting agar perkara sebegini tidak berlaku, selain kekuatan diri dengan ilmu2 ISLAM yang diAMALKAN yang pasti membentengi kita daripada godaan SYAITAN dan NAFSU!

Tuesday, January 24, 2012

-Cuti2 2011-

Assalamuaikum...

lme rasenye x post. kay, hari niey, nk sok-sek2 pasal cuti 2011. -nothing much- just jln2 from Perak-->KL--> Johor--> Mersing--> Terengganu--> Kelantan --> Pahang --> Banjaran Titiwangsa. kay2- (sila rujuk peta Malaysia) .xtau nk citer ape. -haha. just bajet nk kate ar, balek je dri Bnjrn Titiwangsa, teros demam. -smart aah. (pening kowt) -then, tetamu dtg rumah silih b'ganti. hotel free- =hehe=

kaye deme niey. -haha
agak aah, sedap...(xmkn pown)

kt kelantan x silap. sign board kuning tu tuleh "dilarang MENAMPAR poster di sini" -haha

pemandangan dari hotel

beca yg banyak berabah mak nenek

kayoh pakcek! kayoh! (sian pak cik ni, me with kakak berat) -hehe

then, nk balek lalu bnjrn titiwangsa...

kabus...
kabus tebal. -hati2
then, wat kenduri kesyukuran...

pasang khemah.

senja berlabuh...

ruang tamu..


we are together forever..(me, iman , akak)



nadrah... (poyolah ,kau) -hehe

mknn.. jemputlah ye...



adjust meja dgn kemba2 tu...

sedap...
then, smbut birthday Am...(Ilham Nabilah. 28/12.2001)

Selamat Hari Lahir. taun dpn UPSR- ingt tu

nanges x de kek. haaha-

then, hantar alang, lalu Cameron Highland. xwat pa pe pown...

keluarga bahagia...

tnman2...
itu je kowt-
wasalam...